Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday 17 December 2013

Erti kesabaran

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan Dan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

ye-ini azimat-kekuatan yg perlu ada dalam pikirin semua....tp dimana kita berada setiap hari...
dalam sehari-pasti ada perkara yg akan menyakitkan hati-
pasti hati dan perasaan mampu bersabar-tapi sejauh mana--

aku bukan malaikat atau rasul--
jika aku seperti dulu pasti berdas aku kenekan balik...
sekarang aku da bekeluarga...
aku ada anak--
sikap dan kelakuan melambangkan siapa aku---
suami selalu pesan...biarkan mereka dengan sikap dan perangai begitu..
sabarlah...sesungguhkan ALLAH syg akan hambanya yg bersabar---
baru lege dengan perkara lama...tetibe timbul perkara baru..

ya ALLAH aku pohon sedikit kekuatan,keberanian---untuk terus berdiri dan bernafas dibumimu---
kuatkan hati aku selalu untuk menerime setiap perkara dengan hati yg redo---
terbitkan rasa syukur 
sesungguhnya ENGKAU masih menyayangi aku---


Monday 16 December 2013

Hati

:: Hati ::

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim

sebagai manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.

Allah SWT berfirman bermaksud, "Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali." (Al-Baqarah: 156).

Ayat ini jelas menunjukkan kehidupan manusia itu sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian ini bertujuan melihat kesabaran pada hamba-Nya

Setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan akan mendidik seseorang itu menjadi manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah. Oleh itu, kita digalakkan meminta pertolongan hanya kepada Allah.

Dalam kehidupan, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

Sesungguhnya, sifat sabar dapat memaafkan kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh pancaroba.

Perbanyakan zikrullah kerana zikirullah adalah antara amalan yang dapat menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kepentingan zikrullah dan kesannya kepada

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram. (Ar-Rad:
28).

Firman Allah: Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. (Asy - Syams: 9)

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR
Friday 13 December 2013

Kasih Ibu

as salam
minggu-minggu hati aku ni di penuhi dengan rase sedih---itu la org kate kalo selalu benar menelaah di internet-- hati dan fikiran pon terumbang ambing..walaupun begitu,itu mungkin salah satu kekuatan yg di pinjam untuk jadi kuat seperti mereka walau sukar..

selepas mak aku yg aku tgk sbr sentiasa .. insan ini-pn nadia hazmi-orgnya kecik tetapi ALLAH kirim kan hati yg besar kerna kesabaran dan ketabahn dia apabila kehilangan anak seusia 2 thn---
jika aku??di tempat dia...mungkinkah aku setabah die-
tiap kali aku baca post die---tak pernah sekalipun aku tak menangis--tiap kali aku bace---tiap kali itu juge aku sedar---bile aku nk berubah---
berubah jadi hambanya dan bukan jadi manusia---
hambanya yg ingin berubah---berubah mencari syurga---terasa aku ni da terlewat---umur pown da masuk 27thn---
dr segi rukun iman dan islam pown aku carca marba lg---
nk berubah---
mencari ALLAH---mencari kasih ALLAH yg sedikit pudar dalam diri---
pernah sekali aku dan keluarga di uji----
terasa berat bahu memikul beban--
andai masa itu adik aku ditarik dan kembali kepada ALLAH..kepada penciptanya--

AKU??
AKU TAK TAU MCM MANA BERPUSINGNYA RASA DUNIA AKU MASA TUH...
tp aku rasa kagum---bangga dan teruja dengan semangat wanita ini---wanita dan ibu kepada anak yg memang syurga tempatnya...
aku pown nk jadik kuat mcm dia---jadik kuat macam mak aku---lekat sentiasa ALLAH DAN RASUL DISISI---tanpa ade rase curiga pada tiap yg telah tertulis.

untuk kakak nadia hazmi syg:-
walau tau kakak tak kan terbaca post ni---
ini utk kakak--

ya ALLAH,
aku bukanlah sesiapa--
aku hanya ingin berdoa...
tabahkan hati wanita ini--
tabahkan hati ibu ini
kuatkan jiwanya-
kuatkan hatinya---
sabarkan dia---
untuk menhadapi hari mendatang tanpa anak kesayangannya---

tetapkan hatinya hanya utk agamamu--
sesungguhnya tiap yg terjadi itu terselit seribu hikmah yg tidak terduga dan tidak terlihat oleh mata hati---
tenangkan hatinye selalu---
agar kesedihan itu berlalu pergi dengan hati yg tenang
dan mengerti bahawa anaknye sentiasa menantinye di syurga sana---
redokan hati dan jiwanya membiarkan anak itu pergi kerna syurga menanti---