Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday 22 August 2011

----@_@ HaRI TERAKHIRKU @_@-----

ibu,
permulaan hidupku pabila aku berada dirahimmu,
permulaan hidupku pabila selamat melahirkanku,
permulaan hidupku pabila kau menangis melihatku,
permulaan hidupku pabila kau sakit untuk melahirkanku,
dan permulaan hidupku pabila kau menatangku bagaikan menatang minyak yang penuh,

ibu,
harimu penuh dengan gelak tawamu kerana kelahiranku,
harimu penuh dengan tangisan kerana kelahiranku,
harimu penuh dengan kemanisan kerana kelahiranku,
harimu penuh dengan kenangan kerana kelahiranmu,

ibu,
kasihmu bagaikan derasnya air dilaut,
tidak akan putus walau dicincang,
kasihmu bagaikan mentari,
tidak pernah gelap walau bumi kembali kesiang hari,
kasihmu bagaikan bara api,
tidak pernah padam walau seketika,
kasihmu bagaikan nyawa,
kerana kamu akan menangis,
kerana kamu akan tertawa,
kerana kamu akan hiba,
pabila kamu melihat anakmu ini berduka---bersedih----dan terluka.

ibu,
hariku tidak pernah sunyi dari mendengar suaramu,
hariku tidak akan pernah sunyi dari merasa masakanmu,
hariku tidak pernah sunyi dari nasihatmu,
hariku tidak akan pernah sunyi dari nyayianmu,
hariku tidak akan pernah sunyi dari esakanmu,
hariku tidak akan pernah sunyi dari rajukanmu,
hariku tidak akan sunyi dari gelakkanmu,
kerana itu kamu wahai ibu,

ibu,
seperti ayah,
anakmu ini juga tidak sanggup kehilanganmu,
ibu,

p/s:will continue
Sunday 21 August 2011

ANTARA KITA BERDUA

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..