Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday 20 June 2011

---------segalanya tidak dapat diluahkan-----------

ayah,
kasihmu sungguh tidak ternilai,
tidak terluah dengan kata-kata sedari kecil sehinggalah kami dewasa,
tidak pernah mengeluh,
tidak pernah menangis,
tidak pernah penat,
DAN Dirimu menatang kami bagai minyak yang penuh dengan didikan yg tak pernah lekang dari bibirmu dengan nasihatmu,


ayah,
usie mu makin dimamamh masa,
kedutan di raut wajahmu menampakkan segalanya,
namun dirimu akan terus senyum dan tidak pernah lekang dari senyuman itu,
tidak pernah lekang dari menasihati kami,
tidak pernah penat menungguku jika aku pulang lewat,

ayah,
katamu benar,
dewasa aku kini,
ya, itulah jawapanku,
terkadang,sempatkah aku di saat aku akan diijabkabulkan,dirimu adalah waliku??
aku sedih,aku perih,aku derita,
kerana jujur tidak mahu kehilnganmu,
kerana aku mahukan ayah disetiap saat berjayanya aku,

ayah,
belum sempat aku membahagikan mu,
belum sempat aku membuat dirimu bangga dengan anakmu yg sorang ini,
belum sempat.....segala yg aku mahu lakukan....segalanya adalah "belum sempat"

ayah,
anakmu ini kasih akanmu,
anakmu ini sayang akan dirimu,
dan anakmu ini takut akan kehilangan dirimu yang satu itu,

ayah,
melihat dirimu sering sakit sejak akhir-akhir ini,
membuatkan aku berfikir yang tidak-tidak,
tanpa sedar ada air jernih mengalir di hujung mataku,
kerana aku adalah anak kamu,

ayah,
ilmumu,
ayah,
kasihmu,
ayah,
bimbinganmu,
ayah,
keperluanku,
ayah,
tangisku,
ayah,
sekolahku,
ayah,
tanggungjawapmu,

tidak sesekali akan aku lupakan hingge ke darah yang terakhirku.
alhamdulillah...dan aku bersyukur kehadrat ALLAH yang maha penyayang dan pengasih kerana kurniakan seorang ayah sepertimu.
selamt berpuasa dan selamat hari raya ayahandaku

0 comments:

Post a Comment